PENGENALAN SYARIKAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya Razali Bin Shafie, pengasas Anjung Seri House mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari laman web ini.
Anjung Seri House telah ditubuhkan atas daya usaha dan pengalaman dari sebuah hobi sehingga menjadi satu perusahaan dalam bidang ukiran logam tembaga dari tulisan khat jawi sehingga pelbagai motif flora dan fauna.
Walupun Anjung Seri House baru ditubuhkan dan masih muda dalam perusahaan ukiran logam tembaga tetapi atas daya usaha dan minat menambahkan lagi pengalaman disamping tunjuk ajar dari sahabat yang berpengalaman dalam bidang ukiran ini hampir berbelas tahun. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat bagi menjaga dan meningkatkan kualiti ukiran tersebut.

Anjung Seri House melakukan kerja-kerja ukiran tersebut dengan 100% buatan tangan daripada proses melakar lukisan, mengetuk dan mengilap tanpa menggunakan perlatan moden atau mesin-mesin terkini.
Anjung Seri House sentiasa mementingkan kualiti setiap barangan dan menerima setiap tempahan pelanggan serta kehendak dan idea-idea pelangan mengikut citarasa mereka.
Seni ukiran tembaga ini amatlah unik dan ia mempunyai unsur-unsur klasik dan juga hampir pupus kerana ia amat sukar dihasilkan dan memerlukan kesabaran serta kegigihan yang kuat untuk mendapat hasil yang terbaik.
Semoga dengan wujudnya Anjung Seri House, seni ukiran tembaga tersebut dapatlah terus berkembang dan diperkenalkan semula kepada generasi seterusnya.
Saya amat berterima kasih dan menghargai setiap jasa sahabat yang memberi tunjuk ajar dan nasihat berguna sehinggalah saya berminat untuk menubuhkan Anjung Seri House.